Janganlah sesekali (wahai Muhammad) engkau terpedaya
akan usaha gerakan orang-orang kafir dalam negeri (yang membawa keuntungan kepada mereka.) Surah Al-Imran 196
"...kita orang muslim bertegas kepada pihak orang kafir, dan berkasih sayang di antara sesama sendiri..."
Nik Aziz Nik Mat memang terkenal dengan "fatwa-fatwa"nya. Sementelah menjadi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz telah dijadikan tempat rujukan bagi pelbagai maslahah politik yang berlaku di arena politik tanahair. Pelbagai "fatwa" telah dikeluarkan Nik Aziz. Oleh itu, saya hanya ingin "refresh" kembali beberapa "fatwa"nya untuk peringatan semua, sama ada kepada ahli UMNO, PKR, DAP dan semua parti lain termasuklah ahli dan pemimpin PAS sendiri.
Yang pertamanya, mari kita imbas kembali tentang "fatwa" Nik Aziz mengenai "Allah juga mencarut". Menurut fakta, "fatwa" ini dikeluarkan oleh Nik Aziz bertujuan untuk mempertahankan buku "Shit" hasil karangan Shanon Ahmad. Kandungan buku yang "terlampau" itu dihiasi dengan caci maki dan carutan yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin BN, terutamanya UMNO. Dengan keluarnya "fatwa" dari "Tok Guru" PAS ini, maka semua ahli atau pemimpin PAS serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat di"halalkan" untuk mencarut.
Apabila Anwar menyiarkan iklan di blognya (klik di sini) tentang kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi, di Masjid Negeri Shah Alam (Masjid Sultan Abdul Aziz Syah), ramai yang menyangka akan berlaku peristiwa besar, terutamanya kesanggupan Anwar bersumpah untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ada juga yang berfikir kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia kerana jemputan Anwar Ibrahim, dalam satu rangka strategi membersihkan imejnya sebagai peliwat bersempena dengan perbicaraan yang bakal dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 25 Januari akan datang.
Rupa-rupanya kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia bukan atas usaha Anwar, tetapi usaha kerajaan Malaysia yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1431/2009 yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya dua hari lepas.
Malaysiakini baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk MARA yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated. Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita “Maluyu” produk MARA, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.
Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, dibawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;
Pada jam 8.00 malam keputusan PRU ke-12 sedang dinanti-nantikan, sudah heboh berita tentang PAS telah mendapat majoriti mudah di Kedah. Di khabarkan Pesuruhjaya PAS sudah mengerahkan semua jawatankuasa PAS negeri untuk berkumpul di Markas PAS di Batu 9 berhampiran DUN Sg. Limau. Penyokong-penyokong PAS sudah mula membanjiri perkarangan Wisma Darulaman. Dan pada jam 10.00 malam, maka kedengaran bahawa PAS telah berjaya menawan Kedah. Saya termenung sendirian di luar rumah sekembalinya dari meninjau suasana dan "mood" pengikut PAS mendapat kuasa. Macam beruk dapat bunga!
Maka bermulalah era pemerintahan PAS di Kedah sejak BN menguasai negeri itu selama 50 tahun merdeka. Habuannya ialah menonton secara percuma perlawanan bola sepak di Stadium Darulaman untuk semua rakyat negeri Kedah. Maka berpusu-pusulah penyokong fanatik bola sepak Sang Kenari bersama bendera PAS yang sudah di"edit" menjadi bendera Hijau Kuning. Pukul 4.30 petang, keadaan di perkarangan stadium sudah sesak. Jalan sesak! Azan asar pun dah tak dengar. Surau kecil ada di stadium, tapi bagaikan tak laku! Maghrib pun entah ke mana. Yang pastinya Kerajaan Islam PAS lah yang punya angkara dan menanggung dosa. Sudahlah kerajaan negeri miskin, diberikan pula tiket percuma. Jika harga semua tiket itu dibayar oleh PAS baguslah juga, tapi malangnya dari sumber harta kerajaan negeri. Patut pun Kerajaan Negeri Kedah miskin!
Sejak dua hari lepas, Pas melakukan rayuan dari rumah ke rumah meminta undi supaya mereka tidak kalah teruk dalam pilihan raya kecil kali ini. Ketika berkempen dari rumah ke rumah pemimpin Pas merayu penghuni rumah mengundi mereka bagi menjaga air muka parti.
Kata mereka, "Tan Sri Isa dah pasti menang, berilah kami undi tuan agar kami tak hilang wang pertaruhan atau dimalukan dalam pilihan raya kali ini."
Tindakan desparado seperti ini merupakan satu taktik yang mungkin membolehkan Pas menang dalam Bagan Pinang. Ini kerana Pas sememangnya mempunyai pengundi tegar sendiri sekitar 2-4 ribu orang. Sekiranya ada pengundi atas pagar yang terpengaruh dengan rayuan ini dan menyokong Pas maka tidak mustahil parti tersebut akan melakukan kejutan.
Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya ke rahmatullah calon penyandangnya dari UMNO/BN. Majoriti calon UMNO/BN pada PRU12 yang lalu ialah 2,333.
Apakah MOOD politik kemenangan beberapa PRK masih lagi kekal dipihak Pas dan Pakatan HARAM pembangkang atau sebaliknya?
Walaupun Pas dan Pakatan HARAM pembangkang mendapat kemenangan berturut2 mengalahkan UMNO/BN di beberapa PRK yang baru berlangsung, kali ini mereka mungkin akan pulang hampa di N31 kerana tiada isu serta kepincangan kepimpinan UMNO/BN di sini.
Mungkin Pas dan Pakatan HARAM pembangkang akan sekali lagi menggunakan pendekatan BANGSAT mereka iaitu menyerang peribadi calon lawan hinggakan isu rumahtangga pun mereka akan korek habis2an seperti di PRK N11 yang lalu.
Mungkin Hussam musa dan nik aziz patut menilai kembali kenyataan mereka mengenai perjuangan Pas untuk menegakkan Negara Islam bersama-sama Pakatan Rakyat dan mentarbiah DAP untuk menerima konsep Negara Islam idaman Pas. Pas hanya boleh bercerita mengenainya ketika dalam ceramah sahaja, tetapi untuk merealisasikannya adalah mustahil selagi DAP menjadi penaraju utama dalam PR.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Teluk Kemang, Azman Mohd. Noor.
Difahamkan, Azman , 55, yang merupakan ADUN BN meninggal dunia pukul 2.30 petang tadi di Hospital Seremban Specialist Center ekoran serangan jantung.
Pada pilihan raya umum yang ke-12 lalu, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi.
Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.
Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah
POLITIK dengan ulama tidak dapat dipisahkan. Sejarah sosial politik ummah membuktikan kalangan ulama sentiasa aktif dalam dinamik berbangsa dan bernegara. Namun, tidak dinafikan adanya ulama politik iaitu ulama yang mengikut kehendak parti politik dan pentadbiran. Akibatnya, ulama kerap terjebak stigma politik bercorak negatif dan akhirnya mengurangi kredibiliti ulama itu sendiri.
Ada mendakwa ulama jika sudah terjun ke dunia politik sama halnya dengan pentadbir atau pemerintah. Ini adalah karakter ulama politik mengikut arus politik. Namun, yang harus dibangun dan dibina adalah politik ulama.
Maksudnya, parti politik harus mengikut bimbingan dan arahan ulama yang luas ilmu serta tinggi moral. Ulama juga perlu bersikap aktif dalam merentas pelbagai bentuk penyimpangan politik selain menanamkan nilai ulama dalam diri.
Pas rela dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya. Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara. Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat". Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".
MERUJUK kenyataan yang dikeluarkan media pada 18 Ogos 2009 seperti Utusan Malaysia mengenai isu atau dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong/ahli UMNO tidak akan masuk syurga.
Sebenarnya isu ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan sejak tahun 2000 lagi dan keputusan muzakarah itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.
Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti-parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.
Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan juga berpendapat sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.
Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan ingin menasihatkan kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam hendaklah berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak betul atau bidaah yang boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.
Kepada orang ramai, ingin saya nyatakan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka.
Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.
Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita.
Semua sudah sedia maklum bahawa di N11 Permatang Pasir bakal menyaksikan persaingan diantara Umno dan Pas.
Umno dengan gagasan perjuangan terhadap agama, bangsa dan tanahair manakala Pas membawa "bendera" perjuangan Islam liberal iaitu islam yang dipergunakan sepenuhnya untuk "menghalalkan" salah laku politik mereka.
Kita sebagai pengundi harus tahu memilih wakil yang mampu menyuarakan hak kita , baik di parlimen atau dewan undangan negeri.Kesilapan dalam memilih wakil akan mengakibatkan diri kita terabai. Jangan kita terpedaya dengan kempen-kempen ceramah Pas dan sekutunya membicarakan tentang tanggungjawab dan ketelusan. Lihatlah kembali dalam masa setahun pemerintahan mereka banyak isu yang boleh mencetus ketegangan dan kekacauan .
Pas yang dilihat sebagai hero pada 'islam' tidak mampu untuk mempertahankan hak umat islam walau dimana sahaja di bumi Malaysia ini. Wahai pengundi permatang Pasir , nyatakan pendirian anda di kotak undi untuk menolak parti yang berpura-pura alim dan bersih ini sebagai membantah apa yang terjadi pada penduduk di Shah Alam. Mereka terpaksa berdepan sendirian dalam mendapatkan hak keamanan dan keharmonian.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan sebanyak RM7.3 juta untuk pembangunan kemudahan tadika-tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh Kedah bagi tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, daripada jumlah berkenaan, lebih RM5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf peralatan-peralatan supaya sistem pendidikan peringkat tadika dapat dipertingkatkan.
"Bagi negeri ini, tiga kelas baru akan dibuka kerana jumlah pelajar semakin meningkat, lokasinya telah dikenal pasti dan akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan bersama waris-waris pelajar tadika Kemas Dewan Undangan (DUN) Kota Siputeh dan kaunter khidmat rakyat, di Kodiang dekat sini hari ini.
Ramai yang telah sedia maklum bahawa UMNO merupakan parti yang dinaungi oleh melayu dan juga tentunya beragama Islam. Walaupun ada segelintir individu di Sabah yang bukan Islam menyertai UMNO, namun 99.9% parti ini didominasi oleh mereka yang beragama Islam.
Oleh sebab faktor melayu/Islam didalam UMNO ini lah yang telah menyebabkan Pas sentiasa mencari ruang untuk mencetuskan pertembungan isu berkaitan melayu dan juga Islam di dalam UMNO.
Pas pula seringkali menyatakan mereka hanya memperjuangkan Islam tetapi tidak kisah dengan maruah bangsa melayu. Apakah jemaah didalam Pas sudah perasan bahawa mereka itu telah bertukar bangsa menjadi arab dengan hanya berjubah labuh dan berserban laksana pedagang unta?
Banyak isu-isu yang berkait rapat dengan Islam sengaja diputarbelitkan oleh ulamak-ulamak politik Pas bagi memburukkan UMNO. Isu tentang melayu pula sengaja di api-apikan bertujuan untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan oleh Pas.
Betul lah slogan dan Manifesto tu....:- PAS UNTUK SEMUA
Beberapa rentetan peristiwa mengambarkan keadaan itu :
1. PENJUALAN ARAK : Sebelum ini, DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya. Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah ".
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata penduduk di Bagan Pinang perlu bijak membuat pertimbangan dalam membuat keputusan pada pilihan raya kecil itu Ahad ini agar mereka tidak menyesal di kemudian hari.
"Kita jangan terlalu ikut perasaan hingga kita buat kesilapan, dulu masa pilihan raya umum 2008, ramai yang tak sokong (Datuk S.) Sothinathan (calon BN Parlimen Teluk Kemang), kata calon kita tak bagus, tapi akhirnya dapat Datuk Kamarul (Baharin Abbas) (calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)), sekarang langsung jadi wakil rakyat bunian...hilang, dan ini pengajaran kepada kita semua.
"Pada 11 haribulan ni jangan buat silap lagi... cukuplah sorang wakil rakyat bunian ni," katanya selepas menerima 80 borang keanggotaan anggota PKR Teluk Kemang yang menyertai Umno di sini.
Buat Pengundi Di Bagan Pinang dinasihatkan sebelum memangkah kertas Undi, bertanyalah ada diri sendiri...adakah wakil yang dipangkah diatas kertas undi itu nanti akan bersama-sama anda didalam banjir, ribut, majlis kematian, kenduri , upacara pecah tanah...beramah mesra dan bergurau senda dengan penduduk , senang dicari apabila inginkan bantuan, nasihat dan pandangan...
Andai tersilap Pilih nanti jadi bertambahlah YB bunian di Negeri Sembilan , sesungguhnya ketika itu..penyesalan pun tak berguna melainkan menunggu Pilihan Raya yang akan datang.
Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad berkata beliau akan menggunakan pendekatan menangkis dan menyerang kembali pihak lawan sebagai strategi kempennya berhadapan dengan PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Beliau berkata BN tidak boleh hanya berdiam diri jika PAS membangkitkan isu-isu semasa dengan menyalahkan pihak kerajaan agar kelemahan dalaman mereka dapat disembunyikan.
"Kita punya strategi ialah kita akan serang mereka juga, kita tak boleh bertahan sahaja kerana mereka juga banyak masalah...tapi mereka pandai berlakon seolah-olah mereka tidak ada masalah.
Haji Hadi Awang: Dan sudah jelas rakan-rakan dalam pakatan yang pertama kami sudah menerangkan berdasarkan kepada keizinan dalam ajaran islam supaya undang-undang hudud ini jika dilaksanakan hanya bagi orang-orang islam sahaja, orang bukan islam terpulang kepada mereka yang kedua realiti yang ada didalam perlembagaan Malaysia sendiri, hudud dibawah enekmen pentadbir agama islam,yang mana khusus untuk orang islam tak ada kena mengena dengan orang bukan islam..masalah rakan-rakan pakatan rakyat tak timbul.
Pemuda UMNO bahagian ini melihat tindakan pihak tertentu yang menimbulkan isu perebutan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Batang Pinang akan datang hanyalah sebagai satu taktik lapuk.
Sambil menyifatkan dakwaan itu “tak kena tempat”, Ketua Pemudanya, Mohd Faizal Hj Ramli berkata perkara itu terpaksa dicanang kerana pihak terbabit tahu kekuatan UMNO khususnya BN di kawasan ini
"Ini taktik lapuk….kita tak perlu layan. Mereka sebenarnya khuatir untuk berdepan dengan BN pada pilihan raya kecil kali ini kerana umum mengetahui DUN Bagan Pinang cukup sinonim dengan BN", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.
Pilihan Raya Umum (PRU) dan/atau Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah satu perkara yang epnting dan mustahak kerana ia melibatkan pembentukkan Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan dan/atau Kerajaan Negeri.
Maka seruan Datuk Seri Najib Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri supaya UMNO/BN mengkaji kelemahan/kejayaan kepada 8 Pilihan Raya Kecil yaqng telah diadakan semenjak 8hb MAC 2008 adalah mustahak bukan sahaja bagi PRK yang ke 9 yang akan diadakan di Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Kajian pemimpin-pemimpin UMNO adalah juga perlu untuk bersiap sedia bagi PRU ke 13 pada tahun 2012 nanti.
ISU "syurga, neraka serta mengkafirkan UMNO" berlaku seawal 1986. Namun ia tidak bererti ia terhenti begitu sahaja. 'Rekod lama' itu kini dimainkan semula. Lebih-lebih lagi dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ketika ini.
Pada 1990, bekas Ahli Jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said pernah meminta ulama Pas supaya berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang boleh mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu.
"Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir," tegasnya.
Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan dituduh bersifat perkauman. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia, kita terpaksa imbas semula sejarah.
Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu.
Sungguh tak disangka! itulah yang boleh saya sebutkan selepas saya menerima satu sms dari seorang journalist yang pernah bekerjasama dengan pihak PAS dan mengetahui tentang cerita dalaman PAS!
Tetiba di Permatang Pasir Pas amat seronok bercerita tentang moral. Mereka ingin menzahirkan, moral menjadi satu kriteria atau ciri-ciri wajib seorang pemimpin. Kecaman spt pecah amanah, tak bertanggungjawab, tukang songlap wang, penipu dan pelbagai lagi cemuhan yang dilemparkan terhadap calon BN.
Mereka terlupa dikalangan rakan-rakan pakatan sendiri isu moral telah lama membelenggu dan menjadi masalah yang amat ketara.Tak payah tengok jauh-jauh , cukup hanya melihat di Pulau Pinang sendiri. Siapa sebenarnya Lim Guan Eng (LGE) yang diangkat seumpama ulamak oleh Pas. Ketika permulaan pemerintahan PR di Pulau Pinang , Mat sabu yang terpalit dengan isu khalwat mengagung-agungkan LGE dan kerana si Tanggang itu hanya menyatakan idolanya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz.
Namun setelah setahun memerintah barulah menampakkan taring LGE yang sebenarnya, kegagalan LGE menyelesaikan isu kampung Pala, Isu Jeff oii mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, Isu Banglownya dan banyak lagi.
Lucu betul ayat-ayat yang terkeluar dari mulut seorang yang kononnya ulama yang begitu disanjungi dan dipuja oleh pengikut PAS.
Terkini Nik Aziz yang mungkin sudah nyanyuk ditelan usia tua itu mengatakan anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil permatang Pasir.
Hebat betul Nik Aziz tu sampai dia boleh jadi Nujum Pak Belalang dan tahu siapa bakal masuk syurga dan siapa jadi ahli neraka.
Siapalah Nik Aziz, hanyalah seorang manusia biasa, bukan maksum macam Nabi Muhammad s.a.w. pun.
Nabi Muhammad s.a.w. pun tak pernah menghadiahkan syurga dan neraka kepada orang lain sepertimana diperlakukan oleh Nik Aziz yang Maha Hebat cuba mengatasi kuasa Allah s.w.t. itu....
Apakah nik aziz gagal untuk menjalankan dakwah pada rakan parti kompenan PR, inikah cara mereka membalas buidi orang yang menjaga keamanan? Apakah ini yang di ajar oleh islam yang dianuti oleh Pas? bayangkan sekiranya orang dari parti PR berjaya menguasai Malaysia...sikap kurang ajar mereka menjadi asas perjuangan mereka.
Sila perhatikan dan ambil iktibar sebelum anda menyerahkan undi dan menyatakan sokongan pada mereka.
اَللّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kengerian bala, menemui kesengsaraan dan ketentuan yang buruk